HARI TERBUKA DAN KEUSAHAWANAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah program Hari Terbuka Dan Keusahawanan peringkat SK Simpang 4, Parit Jamil, Muar telah berjalan dengan jayanya. Program yang diadakan sempena Hari Pelaporan Murid ini julung kali diadakan pada tahun ini (2016. Program yang melibatkan guru, ibu bapa, komuniti dan murid ini merupakan salah satu wahana dalam menjayakan program dalam sarana PIBK (Persatuan Ibu dan Komuniti). Walau bagaimanapun, program pada kali sebagai testimoni bagi melihat tahun ke hadapan yang dirancang mampu menarik lebih ramai hadir ke sekolah sebagai "Open School Day" untuk semua komuniti sama ada masyarakat kampung mahu pun sebaliknya. Syabas kepada semua AJK PIBG SK Simpang 4, Parit Jamil yang terlibat menjayakan program ini.
Program Minggu Anti Dadah
Program yang diadakan di sekolah berjalan dengan lancarnya melibatkan semua warga sekolah dengan pelbagai aktiviti kesedaran dan pendedahan kepada murid.
Kem Kepimpinan Sekolah
[Makluman]
Assalamualaikum.
Program kepimpinan pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas pusat sumber telah diadakan pada 9 Januari 2016 bersamaan hari Khamis yang lepas.
Kem yang dikendalikan sendiri oleh guru kaunseling dan disiplin sekolah diharapkan dapat menyerahkan bakat kepimpinan murid sekolah SK Simpang 4, Parit Jami, Muar dalam membantu guru mengelola murid di sekolah.
Murid-murid didedahkan dengan prinsip dan peraturan sekolah secara asas dan terperinci supaya menjalani tugasan yang telah dijadualkan oleh guru.
Wassallam.
TEMUBINCANG IBU BAPA MURID TAHUN 6
Alhamdulillah..program pertemuan ibu bapa dan murid tahun 6 sesi 2016 telah terlaksana dengan jayanya. Majoriti ibu bapa penjaga menghadiri program tersebut.
Guru -guru kelas tahun 6 membentangkan KSSR mengikut subjek teras UPSR tahun 2016.
Semoga program ini dapat memberi kesedaran dan iltizam baru kepada ibu bapa murid untuk bersama2 menggembleng tenaga ke arah menyediakan murid yang bersahsiah dan berakademik.
ENTRI SEMASA
-
Program yang diadakan di sekolah berjalan dengan lancarnya melibatkan semua warga sekolah dengan pelbagai aktiviti kesedaran dan pendedahan ...
-
Program ini akan diadakan pada 19 Februari 2017 (Ahad) di SK Simpang 4, dengan kerjasama SK Simpang 4, Sekolah Agama Parit Jamil Darat dan...
-
Sesi Fotografi Guru Dan Murid SK Simpang 4 & SK Sri Jamil Sempena Program Ekplorasi Kayuhan Merdeka 2017 Kenangan Terpahat Indah...
-
Walaupun tidak mendapat sebarang pingat, semangat dan iltizam hadir bersama pengalaman yang ditimba..Tahniah semua!
-
Didoakan semoga murid tahun 6 / 2015 pada tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang, In Shaa Allah.
-
Alhamdulillah program sambutan hari raya di sambut dengan begitu meriah dengan pelbagai juadah raya di samping murid-murid yang membuat p...


