Kem Kepimpinan Sekolah

[Makluman]

Assalamualaikum.

Program kepimpinan pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas pusat sumber telah diadakan pada 9 Januari 2016 bersamaan hari Khamis yang lepas.

Kem yang dikendalikan sendiri oleh guru kaunseling dan disiplin sekolah diharapkan dapat menyerahkan bakat kepimpinan murid sekolah SK Simpang 4, Parit Jami, Muar dalam membantu guru  mengelola murid di sekolah.

Murid-murid didedahkan dengan prinsip dan peraturan sekolah secara asas dan terperinci supaya menjalani tugasan yang telah dijadualkan oleh guru.

Wassallam.

TEMUBINCANG IBU BAPA MURID TAHUN 6

Alhamdulillah..program pertemuan ibu bapa dan murid tahun 6 sesi 2016 telah terlaksana dengan jayanya. Majoriti ibu bapa penjaga menghadiri program tersebut.
Guru -guru kelas tahun 6 membentangkan KSSR mengikut subjek teras  UPSR tahun 2016.
Semoga program ini dapat memberi kesedaran dan iltizam baru kepada ibu bapa murid untuk bersama2 menggembleng tenaga ke arah menyediakan murid yang bersahsiah dan berakademik.

Instrumen Penilaian Akhir Tahun 2015

Selamat bertugas kepada semua guru yang menjaga murid di dalam kelas. Semoga murid berusaha sehabis daya untuk menghadapi ujian akhir tahun 2015. Good Luck!!

Promosi Insentif Matematik UPSR 2015

Ganjaran yang sangat hebat dan mari berjuang rebut ganjaran berharga kepada murid yang berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. In Shaa Allah, boleh..!!

Tahun 6 2015

Didoakan semoga murid tahun 6 / 2015 pada tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang, In Shaa Allah.

ENTRI SEMASA